SELAMAT DATAI

Thursday 15 November 2012

CONTOH INSTRUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3





Modul : Akidah

ITEM
PERNYATAAN  ITEM

Band


Band 3



Pernyataan Standard Prestasi


Mempamerkan kebolehan asas memahami asas akidah



Deskriptor

B3D6
Boleh memahami dan meyakini konsep beriman kepada Kitab Allah


Eviden

B3D6E1
Menyenaraikan dengan betul:
  • nama-nama kitab yang wajib diketahui
  • rasul yang menerimanya
B3D6E2
Menerangkan sebab manusia memerlukan kitab Allah.

Instrumen

Lembaran kerja dan perbincangan dalam kumpulan



Aktiviti
Aktiviti Guru
-Guru mengedarkan lembaran soalan latihan
-Guru mengedarkan lembaran soalan perbincangan

Aktiviti Murid
-Murid menjawab soalan latihan
-Murid berbincang dalam kumpulan
-Murid diminta membentangkan hasil jawapan


Contoh Item


Rujuk lampiran B3D6E1





B3D6E1
1) Soalan:
Arahan : Pilih dan tulis nama kitab serta nama rasul.
TAURAT
 
AL-QURAN
 
MUSA
 
DAUD
 
ZABUR
 
INJIL
 
ISA
 
MUHAMMAD
 
 









BIL
NAMA KITAB
NAMA RASUL
1.


2.


3.


4.





















Tuesday 13 November 2012

APA ITU KSSR


Sekolah Nak Dibuka : Apa Itu KSSR

Sekolah Nak Dibuka : Apa Itu KSSR
KSSR lengkapi kemahiran hadapi cabaran
KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.
KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.
Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran.
 
Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?
KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.
KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu? 
Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan.
Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? 
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.
Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?
Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.
Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283.
S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?
J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.
S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.
Berita Harian Online: 29 Disember 2011
Maklumat Terkini KSSR sila layari laman Web Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum BPK 

CONTOH FORMAT FAIL PANITIA MATA PELAJARAN





Fail Panitia Mata Pelajaran :
  1. Surat Pekeliling Ikhtisas PBS dari Lembaga Peperiksaan, KPM.
  2. Surat Siaran Pelaksanaan PBS dari JPN.
  3. Senarai Nama Jawatankuasa PBS.
  4. Carta Organisasi Jawatankuasa PBS.
  5. Senarai Tugas Ahli Panitia.
  6. Jadual Kerja Aktiviti Panitia :
        Taklimat PBS / Latihan Dalaman
        Bengkel Pembinaan Instrumen Pentaksiran
        Pementoran
        Pemantauan
        Penyelarasan
        Kemasukan Prestasi ke dalam SPPBS
        Pelaporan Formatif / Sumatif.

  1. Minit Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran
  2. Keputusan mesyuarat dan tindakan susulan.